Sharnaaz Ahmad beri nasihat ‘pedas’, bengang ‘tweet’ Iman Troye persenda jumlah pesakit Covid-19

MENERUSI laman sosial Twitter dan Instagram, pelakon popular Sharnaaz Ahmad telah memuat naik kembali status yang dibuat oleh penyanyi Iman Troye dan turut memberi ‘nasihat’ kepada artis baru berkenaan.

Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad juga berkata dia turut menerima tempias makian netizen dek kerana ketelanjuran kata golongan artis baharu seperti Iman.

“Tolong jangan bagi aku jumpa kan*** ni. Tu la mana mai retis-retis jagung pucuk ubi ni habis”, Sharnaaz melalui Instastory.

Tambahnya, “Aku yang beef steak rare wagyu ni kena maki hamun dengan netizen”.

Dia yang menyuarakan rasa kurang senang dengan ciapan Iman memaklumkan bahawa tindakan kurang bijak seperti itu telah menyebabkan ramai selebriti dihentam lebih lagi selebriti senior di media sosial.

Di Twitter, Sharnaaz sempat memberi nasihat kepada Iman, “Bila hang petik esok harap 7k bagi aku simple ja. Dalam 7k tu ada mak ayah orang yang tengah bertarung nyawa dan ada yang meninggal. Fikir lah wahai Iman Toye apa taktau nama hang”.

“Aku hilang 2 ahli keluarga aku sebab COVID ni. Mungkin hang tak hilang lagi ya Iman. Ingat na Iman, jangan gurau atas nyawa orang”, Sharnaaz turut menjelaskan bahawa dia turut kehilangan ahli keluarga disebabkan Covid 19.