Saling “unfollow” di IG Aliff Syukri nafi bermasalah dengan isteri

Jutawan kosmetik yang terkenal dengan pelbagai kontroversi , Datuk Seri Aliff Syukri enggan memberi komen mengenai pilihannya dan isteri untuk tidak lagi saling mengikuti di laman sosial.

Menjawab dakwaan rumah tangganya bermasalah kini, Aliff menjelaskan dia dan isterinya, Datin Seri Shahida juga dalam keadaan bahagia.

“Tak ada apa-apa yang berlaku antara kami, kami bahagia. Saya bahagia dengan perkahwinan, dengan anak-anak saya…kami bahagia.

“Saya tak nak sentuh mengenai keluarga saya,” katanya ketika ditemui sewaktu sidang media pelancaran lagu Cuba Bahagia di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Lagu Baru Abang "Cuba Bahagia"

Posted by Aliff Syukri Terlajak Laris on Thursday, March 12, 2020

Sementara itu ditanya mengenai video muzik terbarunya, Cuba Bahagia yang dilancarkan semalam yang mengisahkan mengenai dirinya yang mengimpikan kebahagiaan. Kata Aliff namun itu bukan bermakna dia menggambarkan apa yang dilaluinya sebagai seorang suami kini.

“Pada masa sama, lagu ini bukan ditujukan kepada isteri atau keluarga, sebaliknya untuk pendengar yang sedang berdepan dengan masalah kebahagiaan.

“Apa pun, saya nak bahagia dengan anak dan keluarga,” jelasnya.