Langgar SOP, Neelofa dan suami mengaku tidak bersalah

USAHAWAN selebriti Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail yang lebih dikenali sebagai PU Riz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baru-baru ini.

Pengakuan itu dibuat di Mahkamah Majistret Seremban hari ini selepas kesemua pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Mahyun Yusof.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka dikatakan gagal mengimbas aplikasi MySejahtera Ketika memasuki sebuah premis di Nilai, Negeri Sembilan pada 2 Mei lalu.

Sementara itu, suaminya PU Riz pula dikatakan tidak memakai pelitup muka sewaktu berada di kawasan awam ketika penguatkuasaan PKPB.

Sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak meleibihi RM50,000 serta penjara tidak lebih tempoh enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.

Pihak pendakwaan yang dikendalikan Nor Azizah Aling memohon jaminan RM20,000 dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh berikutan kes yang mendapat perhatian umum termasuk dalam situasi Covid-19 sedang memuncak.

Bagaimanapun pihak pembelaan, M Haresh membuat bantahan selain meminta tiada jaminan dikenakan terhadap pasangan tersebut berikutan ia bukan membabitkan kes jenayah.

Mahkamah kemudian, mengarahkan PU Riz dikenakan ikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan. Manakala isterinya, Neelofa dikenakan ikat jamin RM5,000 bagi satu pertuduhan.

Isu pelanggaran SOP PKPB pasangan itu tular di media sosial apabila Neelofa dikatakan memuat naik gambar dan video berada di sebuah kedai karpet di Nilai pada 2 Mei lalu.

Neelofa dan suaminya didakwa setelah gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual ketika masuk ke premis berkenaan. Kes disebut semula pada 4 Jun depan.

Isu pelanggaran SOP PKPB pasangan itu tular di media sosial apabila Neelofa dikatakan memuat naik gambar dan video berada di sebuah kedai karpet di Nilai pada 2 Mei lalu.