Suka makan nasi campur air masak, wanita ini kongsi tips unik penambah selera!

TIDAK lagi menjadi rahsia, aplikasi Tiktok merupakan salah satu platform media sosial yang menjadi tempat perkongsian banyak hal. Selain daripada kita mampu belajar benda baharu, kita juga dapat melihat pelbagai hal menarik yang dikongsi oleh beberapa pengguna.

Sama seperti pengguna Tiktok @madumu1 ini, dia baru sahaja menarik perhatian pengguna media sosial tersebut dengan berkongsi fakta unik dirinya yang mempunyai kebiasaan untuk makan nasi yang disiram dengan air masak yang biasanya diminum oleh orang lain.

Dalam video tersebut menunjukkan, wanita tersebut sedang makan nasi bersama sambal dan tempe goreng. Namun, apa yang mengejutkan apabila wanita tersebut menyiram hidangan tersebut dengan air botol minuman dan menyatakan bahawa itu adalah sesuatu yang nikmat dilakukan sewaktu menjamah makanan.

Tiktok yang dikongsi @madumu1

Meraih sebanyak 12.2 juta tontonan di Tiktok, dia juga turut menjelaskan bahawa kebiasaannya itu akan membuatkan hidangan yang dijamah akan menjadi lebih sedap dan menyelerakan.

Menjengah ke ruangan komen, ada beberapa warganet yang mempunyai kebiasaan yang sama seperti dirinya dan ada juga yang merasa jijik dengan cara pelik wanita itu makan.

Apa pun, nasib baik itu adalah air masak! Kalau dia letak teh o ais? atau air lain? lagi pelik kan?