Kongsi sedutan babak ‘aksi panas’, Zul Ariffin mohon maaf

PELAKON Zul Ariffin akhirnya tampil membuat permohonan maaf atas insiden sebuah klip video promosi sebuah drama terbaharu lakonannya yang mencetuskan kontroversi beberapa hari lalu.

Melalui perkongsiannya di Instagram sebentar tadi, Zul Ariffin menjelaskan dia mengambil kira maklum balas semua pihak sekaligus akan lebih berhati-hati dalam memuat naik kandungan di media sosial.

Perkongsian Zul Ariffin

“Dengan hati terbuka, saya ambil maklum di atas semua respons dari banyak pihak berkenaan klip video yang dipaparkan sebelum ini.

“Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan dari tindakan memuat naik video berkenaan.

“Selepas ini saya akan lebih meneliti dan berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepada saya untuk dipromosikan di media sosial,” tulisnya.

Terdahulu, perkongsian Zul Ariffin yang memaparkan adegannya bersama serang wanita dalam drama ‘Perempuan Itu’ dikatakan sebagai kurang bermoral dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.

Dia bagaimanapun telah memadam perkongsian tersebut.