Aliff Aziz Baik Sahaja – Ibu

Selepas mengejutkan peminatnya dengan video penahanan dirinya oleh pihak berkuasa di Singapura, Aliff Aziz dikatakan sudah dibebaskan .

Ibu kepada selebriti itu S Hafiza Basharahil, memberitahu anaknya itu berada dalam keadaan baik berkat doa semua pihak. Malah menerusi video berdurasi hampir lima minit itu turut memaparkan Aliff bersama anaknya Ayden Adrean di rumahnya di Singapura.

Jelas Hafiza dia bertemu dengan anaknya malam semalam dan keadaan Aliff baik sahaja.

Sementara itu Hafiza yakin apa yang berlaku ini mempunyai sebab tersendiri dan hanya ALLAH سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى saja lebih mengetahui.

Dalam video itu turut dilihat Aliff berada dalam keadaan sihat sambil mengusik anaknya.

Semalam Aliff yang memang terkenal antara artis yang sering mencetuskan kontroversi ditahan polis di Singapura kerana didakwa mengganggu ketenteraman di tempat awam dalam keadaan mabuk.