Kim Woo Bin dan Shin Min Ah sedang rancang “Wedding of the year”

MENJALINKAN hubungan cinta sejak 2015, pasangan selebriti Korea iaitu Kim Woo Bin dan Shin Min Ah dilaporkan sudah membuat perancangan untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.

Menurut rancangan televisyen Korea “Rumor Has It”, perancangan mereka untuk berkahwin itu dibuat selepas keadaan kesihatan Kim Woo Bin yang sebelum ini mengidap kanser tekak atau nasofaring sudah pulih sepenuhnya.

Kim Woo Bin disahkan mengidap penyakit tersebut sekitar tahun 2017 dan mengambil masa hampir dua tahun memberi tumpuan kepada pemulihannya.

Pasangan selebriti ini juga membuktikan kekuatan cinta mereka selepas bertahan selama enam tahun dan saling menyokong satu sama lain.

Selain itu, Kim Woo Bin juga dilaporkan telah bergabung dengan agensi Shin Min Ah dan baru-baru ini mereka telah menghulurkan sumbangan bagi membantu mangsa bencana.