“Jangan tekan tingkat 4 & 14!” – Penghantar makanan dedah diusik ‘makhluk misteri’ semasa hantar pesanan

TIDAK dinafikan, penghuni di dunia ini bukan sahaja dihuni manusia, haiwan dan alam sekitar. Malah, ada juga makhluk lain yang menemani disekeliling tanpa kita sedari.

Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan oleh Ameer Ammar di akaun TikTok miliknya memperlihatkan situasi di sekitar perumahan yang terletak berhampiran bangunan ‘berhantu’ Highland Tower.

Tiktok @ameerammar55

Lelaki yang dikatakan juga seorang penghantar makanan itu mendakwa bahawa pengawal keselamatan di tempat itu telah melarang untuk naik ke tingkat 4 dan 14 di kondominium tersebut.

Namun, disebabkan ingin menjalankan amanahnya menghantar pesanan, Ameer mengagahkan diri juga untuk ke tingkat 14.

Akan tetapi, ada kisah ‘seram’ yang berlaku apabila lif yang dinaikinya untuk turun tersangkut hampir dua jam dan penghantar makanan ini terus terkaku diam sehingga lif berfungsi semula.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan mengapa pengawal keselamatan itu memberi ‘amaran’ sedemikian, mungkin juga ada kisah seram yang berlaku sebelum ini atau pun ianya adalah rekaan semata-mata.