Kanye West tukar nama, kini dipanggil ‘Ye’

PENYANYI rap terkenal Amerika Syarikat, Kanye West telah menukar namanya secara rasmi.

Dia kini digelar dengan nama baharu iaitu Ye, lapor The Guardian.

Hasrat Kanye atau nama sebenarnya Kanye Omari West untuk menukar namanya kepada Ye itu diluluskan oleh Mahkamah Los Angeles, tanpa ada nama tengah atau nama akhir yang lazimnya merupakan nama keluarga.

“Tiada apa-apa masalah, jadi permohonan untuk menukar namanya diluluskan,” jelas hakim, Michelle Williams Court.

Sebelum ini, Kanye pernah mengumumkan hasrat menukar nama melalui ciapan di Twitter pada 2018.

Dia juga pernah menerangkan makna ‘Ye’ yang dipilih sebagai nama baharunya.

“Saya percaya ‘Ye’ adalah salah satu perkataan yang kerap digunakan dalam Bible.

“Dan dalam Bible ‘Ye’ bermaksud ‘kamu’. Jadi, saya ialah kamu, saya ialah kita, ia ialah kita,” Jelas Kanye dalam satu temu ramah.

Permohonannya untuk menukar nama telah dibuat pada 24 Ogos dengan menyatakan sebab kerana ‘urusan peribadi’.

Sumber: The Guardian