Anggota bomba hanyut dibawa arus deras

SEORANG anggota bomba berdepan detik cemas apabila dihanyutkan arus deras dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir si Kampung Sungai Putat, Melaka hari ini.

Mangsa juga dikatakan terpaksa dikejarkan ke hospital akibat daripada insiden berkenaan.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 5.30 petang tadi berlaku apabila mangsa cuba memasang tali di lokasi kejadian dalam operasi menyelamat.

Usaha anggota bomba berkenaan adalah bagi membantu penduduk kampung untuk keluar dari kediaman masing-masing.

Pasukan bomba terpaksa terpaksa mengambil masa hampir 10 minit untuk membantu mangsa yang dipercayai pengsan ekoran arus air yang terlalu deras.

Mangsa kemudian diberi bantuan pernafasan (CPR) sebelum dibawa ke hospital menaiki Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba.