“Ibu menangis minta tolong dalam mimpi”, penyanyi Rizky Febian buat laporan polis sangsi cara kematian ibu

Gambar diambil melalui YouTube pada 22 Disember lalu ketika Rizky dan ibunya menyambut hari ibu

Ternyata pemergian ibu kepada penyanyi terkenal Indonesia Rizky Febian menjadi antara kisah paling panas di negara itu.

Lina Zubaedah difahamkan meninggal dunia akibat penyakit gastik pada 4 Januari lalu di Bandung.

Bagaimanapun Rizky yang juga anak sulungnya tidak berpuas hati dengan punca kematian ibunya memandangkan dia keliru dengn beberapa luka dan lebam yang terdapat pada badan jenazah ibunya.

Malah jelas Rizky dia turut didatangi ibunya didalam mimpi yang tidak kelihatan gembira.

Walaupun tidak mahu membuat andaian dengan apa yang berlaku kini dia memberitahu didalam mimpinya itu ibunya turut menangis.

“Mama datang menangis minta tolong sama saya dan ayah.

“Tapi kita tidak tahu mahu mintak tolong apa,” katanya.

Sementara itu hari ini, permintaan Rizky untuk kematian ibunya kembali disiasat menyebabkan kubur ibunya kembali dikorek pihak berkuasa untuk dilakukan autopsi.

Sumber: Tribunnews