Siram isteri dengan air panas gara-gara suami terima hidangan bersemut

Seorang lelaki simbah air panas ke tubuh isterinya dipercayai makanan yang dihidang oleh isteri dipenuhi dengan semut.

Kemudian, pihak berkuasa Indonesia memaklumkan bahawa suspek yang bernama Hendar, 25, telah ditahan di Jalan Sudirman, Garut, Jawa Barat semalam.

Memetik sumber Sinar Harian, kejadian dipercayai, Hendar yang sedang duduk bersedia untuk menjamu selera bersama isteri dan anaknya, menjadi marah apabila ternampak banyak semut di dalam sayur dan betik yang dihidang ketika itu.

Lantas Hendar memukul isterinya dengan tangan kosong sebelum bertindak menggunakan sandal dan peralatan lain hingga isterinya tidak bermaya.

“Setelah itu baru saya siram dengan air panas,” kata Hendar.

Kemudian, Hendar, dalam pengakuannya berkata, dia duduk santai di kerusi sambil minum kopi dan membiarkan saja isterinya merintih kesakitan selepas disiram air panas.

“Selepas saya siram dia, saya diam sahaja, dan menikmati air kopi saya,” Katanya dipetik Vivanews.com.

Selepas kejadian berlaku, lantas isterinya bergegas mendapatkan rawatan di hospital di Ciblong sebelum kecederaan menjadi lebih parah.

Bagaimanapun, Siasatan mendapati Hendar yang tergamak membuat perbuatan tersebut berlaku di kediamannya di Kecamataan Cibalong pada minggu lalu.