Gary akan kembali sertai Running Man?

PEMINAT rancangan variasi terkenal dunia, Running Man mula membuat spekulasi bahasa bekas salah seorang ahlinya iaitu Gary bakal kembali mewarnai rancangan tersebut.

Semuanya bermula apabila syarikat penyiaran SBS yang juga pemegang hak rancangan tersebut memuat naik satu posting dengan kapsyen ‘We miss you’.

Posting tersebut memaparkan episod terakhir Gary bersama ahli-ahli lain Running Man yang dirakam pada 2017.

Desas-desus juga menyatakan produser rancangan yang kini dianggotai oleh Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, HaHa, Lee Kwang Soo, Ji Suk Jin, Song Ji Hyo, Yang Se Chan dan Jeon So Min ini sudah mempunyai perancangan untuk membawa Gary kembali menyertai lapan lagi ahli semasa.

Biarpun masih tiada kenyataan rasmi, peminat sudah mula mengharap ia akan jadi satu kenyataan.

Rata-rata peminat turut meluahkan rasa sedih mengenang kembali semasa Gary masih bersama mereka.

Sumber: koreaboo