Ajay Devgn tetap nak jalankan penggambaran walaupun kes Covid 19 di India semakin meningkat

PENGARAH dan pelakon terkenal, Ajay Devgn tetap mahu menjalankan penggambaran projek terbaru walaupun kes Covid-19 di India semakin meningkat.

Dilaporkan sudah hampir seminggu sejak negeri Maharashtra di barat India diarah menjalankan perintah kawalan pergerakan secara keseluruhan akibat gelombang kedua penularan Covid-19 di negara itu

Walau bagaimanapun, Ajay Devgan, 52, berdegil dan kini sibuk melanjutkan tempoh penggambaran filem terbaru filem “MayDay” yang telah dilakukan sejak dua bulan lalu.

Suami kepada pelakon popular, Kajolitu juga dikhabarkan telah bersiap sedia untuk turun padang bagi melakukan penggambaran sebuah lagi filem berjudul “Maidaan” tidak lama lagi.

Menurut Ajay, dia turut meluahkan rasa bimbang dengan gelombang kedua Covid19 yang sedang ‘menggila’ di India ketika ini dan berharap supaya pemberian suntikan vaksin secara menyeluruh dapat dibuat dalam kadar segera.

Beliau juga enggan enangguhkan penggambaran filem berkenaan dan berjanji akan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengawal penularan Covid 19.