Di usia muda Haqiem Rusli jejakkan kaki di tanah suci, Alhamdulillah

Pejam celik sudah seminggu lebih Haqiem Rusli berada di tanah suci mengerjakan umrah bersama keluarga tercintanya.

Jelas kelihatan bagi penyanyi dan komposer ini, impian dan usaha seorang anak yang berjaya membawa ibu bapanya ke tanah suci di usia yang muda tercapai.

Sementara itu, Haqiem turut mengakui bahawa dia menyimpan hasratnya sangat lama untuk pergi ke menunaikan umrah.

“Saya sebenarnya menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah, sejak tiga tahun lalu. Justeru, saya amat bersyukur apabila impian itu akhirnya tercapai juga. Apatah lagi, saya bakal menunaikan umrah bersama keluarga dan sanak-saudara.

“Saya amat bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci pada usia 21 tahun,” katanya dalam laporan Berita Harian 

Bagaimanapun, pemilik lagu Lembah Kesepioan ini sudah berangkat pada 28 November lalu bersama keluarga dan saudaranya.