Ceriakan Cuti Sekolah Anda Bersama Lebih 500 Himpunan Siri Kanak-Kanak Di iFlix Secara Percuma

Nuri The Series, I Love to Learn, Junior On The Job, Romi & Dami, Superhands 1 & 2, Cicakman 1 & 2, Geckoman dan Nutri Ventures antara tujuh judul siri kanak-kanak terbaharu dan eksklusif di iflix

Sempena musim cuti sekolah, iflix mengambil inisiatif menawarkan pelbagai siri kanak-kanak yang membolehkan anda berhibur sambil belajar di mana-mana secara percuma.

Pelbagai siri kanak-kanak yang boleh menceriakan dan memeriahkan musim cuti sekolah anda dengan siri kanak-kanak berkonsepkan edutainment yang terbaharu dan eksklusif iflix, antaranya adalah judul siri Nuri The Series, I Love to Learn, Junior On The Job, Romi & Dami, Superhands 1 & 2, Cicakman 1, Cicakman 2, Geckoman dan Nutri Ventures.

Selain itu, anda juga boleh menikmati cerita animasi Ejen Ali yang sentiasa menjadi kegeraman kanak-kanak, dan macam -macam lagi siri menarik di iflix.

Menurut Dinesh Ratnam selaku Pengurus Besar iflix, “Kami sangat menghargai sokongan yang diberikan oleh penonton terhadap kandungan yang telah kami sediakan.

Bila tiba musim cuti sekolah, kadang kala ada ibu bapa merasakan inilah masa yang agak memeningkan kerana mereka perlu merancang pelbagai aktiviti supaya masa yang berharga ini terisi dengan baik.

Oleh itu, iflix bantu mereka dengan menghimpunkan pelbagai judul siri kartun kanak- berbentuk hiburan dan pembelajaran yang sangat berguna. Inilah peluang untuk ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak menonton cerita-cerita menarik di platform kami”.

Dengan adanya platform sebegini, kini, ibu bapa boleh menjadi lebih peka dalam pemilihan program untuk tontonan anak-anak khususnya bawah umur 3 tahun, supaya mereka tidak ketagih dengan pelbagai siri kartun yang mungkin tidak sesuai ditonton.

Lebih dari 500 judul siri kanak-kanak pelbagai bahasa menanti penonton di saluran kanak-kanak di iflix.

Jangan lupa saksikan himpunan cerita kanak-kanak menarik yang terbaharu dan eksklusif sepanjang cuti sekolah di iflix secara PERCUMA di sini https://www.iflix.com/kids