Bukan Sahaja Adira Suhaimi, Tapi Madunya Turut Failkan Cerai

Rupa-rupanya bukan sahaja Adira Suhaimi yang menfailkan cerai, bahkan madunya yang juga isteri pertama kepada Datuk Red, Datin Seri Sharifah Norshafila turut memfailkan cerai terhadap suami mereka.

Bagaimanapaun, Siti Adira Suhaimi, 32, enggan memberikan sebarang komen berhubung situasi tersebut.

Adira ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang hari ini bagi mendengar laporan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

“Maaf, tiada komen untuk itu, saya serahkan pada mahkamah sepenuhnya, ” katanya kepada Kosmo! Online, pagi tadi

Hasil laporan JKP, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat memutuskan untuk melanjutkan sesi kepada proses Hakam yang dijadualkan pada 24 April 2024.

Terdahulu, pada 25 Oktober tahun lalu, Adira telah memfailkan perceraian ke atas suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor kerana tiada persefahaman.

Sumber : Kosmo