BTS ARMY dah ready Bang Bang Con 2021!

BARU sahaja mengeluarkan single terbaru dalam bahasa Jepun yang berjudul Film Out, kumpulan sensasi korea Selatan iaitu BTS turut memberi khabar gembira untuk peminat mereka yang lebih dikenali sebagai ARMY dengan mengumumkan konsert online Bang Bang Con 2021 yang dijadualkan pada 17 April ini.

Bang Bang Con juga pernah diadakan pada tahun lepas dan ia mendapat tontonan dalam talian yang memberangsangkan utamanya dari kalangan peminat BTS sendiri iaitu ARMY.

Pada Ahad, melalui Twitter rasmi BTS, @BTS_official telah memuat naik jadual konsert Bang Bang Con 2021 dan antara lineup yang disertakan adalah BTS Live Trilogy (Memories of 2015), BTS 5TH Muster In Busan (Magic Shop) dan BTS World Tour Speak Yourself Sao Paolo.

Bang Bang Con 2021 adalah konsert online ketiga BTS sejak wabak Covid-19 terjadi, ia juga akan disiarkan secara percuma melalui Youtube BANGTANTV.

BTS ARMY jangan lupa untuk masukkan Bang Bang Con dalam reminder, sambil memasak untuk berbuka boleh layan konsert dulu!