Kecoh Timbalan Menteri tidur di majlis graduasi, rupanya ini puncanya…

SEJAK kebelakangan ini, beberapa pusat pengajian telah mengadakan majlis tamat belajar atau graduasi norma baru kepada para pelajar yang sudah menyelesaikan pengajian.

Baru-baru ini tular di media sosial Twitter, Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Eddin Syazlee tertidur semasa majlis sedang dilangsungkan. 

Video yang tular di Twitter

Hal ini membuatkan ramai pihak yang terkejut memandangkan beliau adalah salah seorang individu utama dalam majlis tersebut.

Dalam video berdurasi seminit empat saat itu, beliau dilhat terlena di kerusi di atas pentas dan bangun setelah dikejutkan oleh tiga orang yang berada di samping beliau.

Disebabkan hal demikian, ramai yang meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen dan ada juga yang menganggap hal itu adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan oleh seorang ahli politik. 

Walau bagaimanapun, wakil dari Dato’ Eddin Syazlee telah tampil menjelaskan keadaan sebenar dan menurutnya beliau berada dalam keadaan kurang sihat namun tetap gagahkan diri menghadiri majlis itu.

Di akhir penjelasan, pihak beliau memaklumkan Timbalan Menteri Kerja Raya ini telah meluluskan pemasangan penghawa dingin untuk dewan sekolah dan telah menyumbang sedikit dana untuk membantu pihak sekolah memperolehi bas.