Baby Bump Fasha Sandha curi tumpuan

Antara insan yang paling mencuri tumpuan semalam di majlis pernikahan pelakon Elly Mazlein selain pengantin sendiri tentunya milik Fasha Sandha.

Hadir sebagai “bridesmaid” kelihatan apa yang cukup menonjol semalam bukan sekadar kecantikkannya tetapi juga bentuk perutnya yang sudah semakin bulat.

Cukup comel mengenakan baju berwarna merah jambu, Fasha yang ditemani suaminya juga turut berkongsi gambar di laman Instagram miliknya.

Rata-rata peminat turut mengucapkan tahniah buat pelakon ini dan suaminya Aidil Aziz.

Walaupun tiada perkongsian yang lebih jelas mengenai kehamilanya ini, namun peminat turut berdoa agar Fasha melalui proses kehamilan kali dengan baik selain ada yang tidak sabar untuk menunggu bayi pasangan ini.

Sementara itu Fasha, 35, atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan pernah mengalami keguguran pada Jun lalu selepas empat bulan berkahwin.