Antara Ezad lazim, mimpi dan Bidadari…

PENYANYI Ezad Lazim kini tampil dengan buah tangan terbaharu buat peminatnya melalui single BIDADARI yang membawa jalan cerita tentang seorang jejaka yang sering terbayang dan bermimpi akan seorang BIDADARI dalam kehidupannya.

Lebih menarik, kisah yang dicoretkan merupakan pengalaman sebenar yang dilalui komposer dan penulis lirik lagu BIDADARI sendiri iaitu Don Ozel.

“Alhamdulillah akhirnya single baharu saya berjudul BIDADARI akhirnya menemui peminat. Ia merupakan satu karya penuh makna yang menghargai keberadaan seorang wanita dalam si jejaka.

“Malah BIDADARI diilhamkan melalui pengalaman pencipta lagu ini sendiri setelah mendengar ceramah ustaz di mana ustaz itu megatakan bahawa seseorang yang single pasti akan bertemu dengan seorang bidadari, kata Ezad kepada The News.

Penyanyi yang mencipta nama sebagai vokalis kumpulan Exist ini berkata, segala proses rakaman serta penghasilan klip video berjalan dengan lancar biarpun terpaksa beberapa kali ditunda berikutan keadaan semasa negara yang diserang pandemik COVID-19.

“Saya begitu teruja dengan lagu rancak ini lain dari lagu lagu yang pernah saya nyanyikan, dengan sentuhan gubahan muzik oleh Hadi Rumnan membuat lagu ini berlainan dari lagu yang pernah saya nyanyikan.

“Dengan lagu Bidadari ini juga menunjukkan sisi lain dari diri saya sendiri untuk mempersembahkan kepada peminat peminat saya.

“Sepatutnya lagu ini sudah dilancarkan pada 2021 lalu, namun isu kesihatan yang melanda negara sedikit memberi kesan kepada ’timeline’ pelancaran BIDADARI.

“Bagaimanapun saya amat bersyukur apabila ‘team’ Datu Entertainment berjaya menyiapkan BIDADARI lebih awal daripada jangkaan. Besar harapan saya agar BIDADARI dapat memenangi hati peminat yang tidak pernah jemu memberi sokongan kepada saya, jelas Ezad.

Dalam pada itu, saudara Don Ozel selaku orang kuat di sebalik lagu BIDADARI mendedahkan hasil nukilannya bersama E One merupakan satu karya yang memberi seribu satu makna dalam kehidupannya.

Malah kisah BIDADARI itu sendiri tercipta semasa dirinya dirawat di hospital.

“Ilham penghasilan BIDADARI datang semasa saya kurang sihat dah terlantar di katil hospital beberapa tahun lalu. Semuanya terjadi selepas mengalami fasa perit dalam kehidupan dan menerima rawatan ketika dalam keadaan sakit lumpuh.

“Jadi saya kerap menonton ceramah di Youtube semasa di hospital sehinggalah saya bertemu satu penceramah dan mendengar kata-kata beliau bahawa setiap lelaki yang sendiri pasti satu hari nanti ada bidadari yang akan menemani dia. Dari ayat itulah saya mendapat ilham dan menciptakan bidadari. 

“Ezad Lazim pula berjaya membawakan lagu ini dengan amat baik, malah lebih baik daripada jangkaan saya,” katanya. 

Lagu Bidadari kini sudah berada di kesemua streaming platform dan muzik video boleh di tonton di saluran Youtube Datu Entertainment.