Enam kawasan Lembah Klang dilanda banjir kilat, terowong SMART ditutup sepenuhnya

SETAKAT ini, enam kawasan di ibu negara dilanda banjir kilat pada petang Isnin, menurut Info Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi ciapan di laman twitter rasminya pada petang Isnin.

Enam kawasan yang dilanda banjir kilat itu termasuk Terowong Tabung Haji, Terowong Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Tun Razak dan Jalan Pahang.

Video serta gambar keadaan semasa juga mula dikongsi orang awam di laman sosial menunjukkan

Pusat Kawalan SMART dalam satu perkongsian terbaharu di Twitter rasminya berkata Air Sungai Klang dan Sungai Ampang telah dilencongkan ke Kolam Takungan Berembang, Kampung Berembang di ibu negara.

Terowong SMART juga telah ditutup sepenuhnya bagi persediaan operasi banjir.