Anas Menang TikTok Shop Creator of the Year, Tidak Minta Artis Promosikan

Foto: Gempak

Kuala Lumpur: Pemenang kategori TikTok Shop Creator of the Year di TikTok Awards Malaysia, Anas Zahrin tidak ‘menggunakan’ rakan-rakan selebriti untuk meraih undi peminat.

Anas ketika ditemui berkata, rakan selebriti yang rapat dengannya iaitu Rozita Che Wan juga baru tahu mengenai pencalonannya di acara anugerah yang berlangsung, malam tadi.

“Memang saya ada ramai kawan-kawan selebriti, tapi, saya tak minta mereka bantu promosikan saya. Saya buat sendiri. Che Ta (Rozita) pun baru tahu saya dicalonkan,” katanya.

Ditanya mengenai strateginya dalam meraih undian tertinggi untuk kategori itu, Anas berkata, dia menggunakan sepenuhnya platform media sosialnya.

“Saya ada tiga juta pengikut di TikTok dan kira-kira 700,000 di Instagram. Jadi, saya kerja keras dan minta pengikut saya mengundi. Lagipun tak ada kos yang dikeluarkan bila saya promosikan diri di platform media sosial saya,” katanya.

Sumber: Kosmo