Ameer Sofarz Gagal Teruskan Perjuangan

Ameer Sofarz - Kredit Gambar : IG Astro Gempak -

Mungkin terlalu aneh cara penyampaian Ameer Sofarz sehingga menyebabkan dia menjadi peserta kedua tersingkir dalam Konsert minggu ketiga GegarVaganza 2019 (GV2019) semalam.

Menyanyikan lagu Samrah Mentari nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah, Ameer bagaimanapun tetap nampak cukup bertenaga menyampaikan lagu itu dengan cara berbeza.

Sementara itu Naqiu Boboy terus menepati ramalan apabila kekal mendahului kutipan jumlah markah berbanding peserta lain.

Memberikan persembahan hebat melalui lagu #123 nyanyian asal Khai Bahar, Naqui dilihat begitu selesa pada minggu ketiga ini.

Sementara itu dengan penyingkiran Ameer, hanya 11 lagi peserta GV yang akan meneruskan kemaraan pada minggu hadapan.

Kredit gambar : IG Astro Gempak