Berakhirlah Sudah Hidup Anak Saya – Fauziah Nawi

Pitt Hanif (Firdaus) bersama ibunya fauziah Nawi

Berakhirlah sudah hidup anak saya di usia 43 tahun” itu kata-kata pelakon
Fauziah Nawi ketika mengesahkan anak lelakinya, Mohd Firdaus Mohd Hanif atau Pitt Hanif meninggal dunia akibat lemas di Sungai Jelai, dekat Kampung Mela, Lipis, hari ini.

Berkongsi kisah sedih itu melalui laman Facebook miliknya. Fauziah turut meminta maaf kepada semua pihak memandangkan dia tidak mampu untuk menjawab sebarang panggilan telefon buat masa ini.

Saya dimaklumkan oleh Mohd Fauzi Nawi yang berada di lokasi kejadian. Jelasnya jenazah juga berada dalam keadaan yang sangat elok.”

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan dan berusaha mencari anak saya,” katanya.

Sementara itu Pitt Hanif dilaporkan hilang selepas bot dinaiki bersama seorang rakannya terbalik ketika memancing.

Jelas Fauziah jenazah anaknya juga hanya akan dibawa pulang selepas selesai prosuder di Hospital.

Saya minta jangan hubungi saya dahulu, saya tidak larat nak jawab. Saya juga tidak tahu sama ada jenazah akan di bawa pulang ke rumah saya atau besan,”katanya.

Video ucapan dari Ibu Fauziah Nawi

https://www.facebook.com/fauziah.nawi.5/videos/2497108437074476/?t=135