Almy Nadia keguguran

Pelakon Datuk Fizz Fairuz dan isterinya, Datin Almy Nadia diuji semalam selepas kandungan Almy gugur di usia 14 minggu.

Berita sedih yang dikongsi Fizz itu di laman Instagram miliknya turut memaparkan gambar kandungan Almy yang diambil bulan lepas ketika pemeriksaan di sebuah hospital.

“Terima kasih Allah bagi kami 14 minggu bersama baby ke empat saya,” tulis Fizz.

“Al-Fatihah… Allah lebih sayangkan anakku. Papa reda, papa tak nak nangis sebab papa kuat. Amin.

“Semoga Allah jaga kamu ye anakku,” tulis Fizz yang berkongsi khabar duka itu melalui hantaran entri di Instagramnya petang Selasa.

Sementara rakan artis tidak ketinggalan mengucapkan ucapan takziah kepada pasangan ini.

Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.