lacur isteri sendiri RM15 kepada 4 rakannya kerana masalah kewangan & demi kepuasan

Seorang lelaki menjadikan alasan menghadapi masalah kewangan keluarga dan demi kepuasan seksual untuk melacurkan isterinya sendiri kepada beberapa rakan.
 
Suspek, Moch Sabik Setiyawan, 28, dari Kabupaten Pasuruan, Indonesia bukan sahaja melacurkan isterinya kepada rakan-rakannya sendiri, malah membuat rakaman video.
 
Ketua Polis Daerah Pasuruan, Donny Alexander berkata, suspek memang sengaja merakam video isterinya melayani rakan-rakannya untuk dijadikan sebagai bukti kepada rakan lain bahawa isterinya boleh diajak untuk mengadakan hubungan bersama. 
 
Suspek memberikan alasan bahawa mereka menghadapi masalah kewangan dan ingin mencari kepuasan seksual. 
 
“Alasan pertamanya ekonomi. Jadi setiap kali si isteri melayani rakan suspek, mereka akan mendapat bayaran 50,000 rupiah (RM15). 
 
“Setakat ini sudah empat rakan suspek melakukan hubungan dengan isteri suspek. Masing-masing melakukan perbuatan itu lebih dari dua atau lima kali. 
 
“Keempat-empat rakan suspek juga mengakui melakukan perbuatan itu.
 
“Alasan kedua, suspek mengaku ingin memberi kepuasan seksual kepada isterinya di mana selama ini isterinya merasa tidak puas ketika melakukan hubungan intim dengannya. 
 
“Dengan cara itu, suspek berharap isterinya dapat merasa perbezaan dan membanding bezakan layanan dari lelaki lain,” katanya. 
 
Suspek telah ditahan dan polis masih menjalankan siasatan serta tidak menolak kemungkinan suspek ‘menjual’ isterinya kepada lebih dari empat orang lelaki. 
 
Sumber – Sosok

Most Popular

Binatang! Lelaki guna umpan gula-gula sebelum rogol budak lapan tahun

SEORANG lelaki disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpan mangsa dengan gula-gula, berhampiran Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu, Sabah...

Polis Indonesia dikecam kerana tempatkan pondan instafamous di penjara lelaki

KUMPULAN hak asasi di Indonesia menyelar tindakan polis menempatkan seorang transgender wanita di dalam sebuah penjara lelaki, lapor Harian Metro.

Netizen terpesona kejelitaan nenek umur 53 tahun persis gadis remaja – “Ini manusia atau pontianak?”

SEORANG wanita berusia 53 tahun menjadi tumpuan netizen di Indonesia kerana memiliki wajah awet muda persis anak gadis berumur belasan tahun, lapor...

Didakwa mahu ubati kemurungan ikut kaedah rawatan Islam, pendakwah selebriti direman bantu siasatan kes noda wanita

SEORANG pendakwah selebriti direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menoda seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7...