“Ala-ala Perempuan Simpanan Kat Rumah” – Zarina Zainuddin Nasihat Jangan Kahwini Suami Orang

Pelakon dan usahawan Zarina Zainuddin menasihati wanita muda di luar sana untuk elakkan berkahwin dengan suami orang.

Zarina yang juga merupakan isteri kedua mengatakan untuk menjadi isteri kedua ini memerlukan kekuatan dari segi mental dan fizikal. Jelasnya, hidup berpoligami ini bukanlah perkara yang mudah.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Berdasarkan pengalaman dirinya, sebagai isteri yang bermadu akan lebih banyak makan hati.

“Saya ni pun sampai sekarang terasa berdosa besar kacau hak madu saya. Nak buat apa hidup asyik makan hati dia makan hati saya makan hati. Laki makin lama makin botak fikir hal bini bini ni,” ujarnya di Instagram.

Pelakon ini juga mendedahkan menjadi isteri kedua ni kehidupan seperti wanita simpanan kerana khuatir isteri pertama akan mengamuk.

Nasihatnya lagi buat wanita yang bergelar isteri kedua untuk berpisah ketika usia masih muda.

“Baik kau bercerai masa tengah muda ni dari dah tua anak dah bersusun nak cerai pun tak ada faedahnya,” jelasnya lagi.

Sumber : Instagram Zarina Zainuddin