Abang Tesla Tidak Kisah Berkahwin Lagi Jika Dengan Isteri Kedua Juga Tiada Anak

Foto: mStar

PETALING JAYA – Pempengaruh TikTok, Abang Tesla tidak menolak kemungkinan akan berkahwin sekali lagi sekiranya isteri kedua juga tidak dapat memberi zuriat kepadanya.

Pengakuan itu dibuat Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry pada satu sesi temubual yang dihoskan penyanyi rep terkenal, Caprice.

“Kahwinlah lagi, sebab kalau mahkamah tanya pun kat bini (isteri) nombor dua, dia akan tanya. Sebab nak kahwin kedua ni susah, nak kahwin ketiga dan keempat senang,” jelas Abang Tesla ketika ditanya seorang wanita dalam rancangan temubual itu.

Menurut Abang Tesla, dia juga menjawab pertanyaan netizen yang mempersoalkan kenapa dia dan isteri tidak membuat rawatan kesuburan in-vitro (IVF) kerana mereka mampu dari segi kewangan ataupun mengambil anak angkat.

“Kita sentiasa ‘on progress (sedang lakukan) yang itu (IVF). Tapi anak angkat tak sama. Kalau boleh saya nak zuriat yang keluar dari rahim dia (isteri).

“Saya akan usahakan macam mana pun, habis duit banyak pun saya tidak kisah janji satu hari nanti saya dan dia akan ada anak juga hasil perkongsian dengan dia (isteri),” katanya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi terhadap kenyataan Abang Tesla itu.

“Kalau nombor dua ni tak dapat anak juga, maknanya suami tu la yang mandul. Bukan masalah wife tak boleh pregnant (mengandung).

“Pemikiran otak yang sempit, kalau ada pasangan tak dapat anak, selalu wife yang dipersalahkan,”komen Hanna Lola Azlan.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Rusnaini Nanin.

“Kalau dah kawin 2,3,4 tak ada anak bukannya isteri tu yang bermasalah tapi suami tu yang bermasalah,” katanya. 

Sumber: Kosmo