TOP 5 Menu Bazar Ramadan Yang Patut Korang Cuba, Sebelum Raya Menjelma!

Dah 15 hari Ramadan, korang dah pergi bazar belum ni? Haritu min dah siap share TOP 5 Lokasi Bazar tahun ni dah. Kalini jom kita tengok TOP 5 Menu dekat bazar yang selalu orang cari. Orang cakap makan hari-hari pun tak jemuuuu

  1. ROTI JOHN
Sumber gambar – Abam Kie

Roti John ni kat semua bazar ada, tapi kalau jumpa yang sedap, isi ayam/daging banyak, sayur rangup-rangup, limpahan sos dengan mayonis, kena pulak ada ‘add on’ cheese..fuh menjejer air liur. Beratur panjang pun sanggup kan korang? Harga kalau kena dengan apa yang kita dapat memang pejam mata jela membayornye yeop..

2. MURTABAK

Sumber gambar – Open Rice Malaysia

Murtabak Ayam…Murtabak Daging.. Memang mengundang sangat lagi-lagi tengok abang tu masak atas kuali leper tu, kadang sampai ralit! Kalau korang lagi prefer cicah dengan kuah kari ke sirap bawang? Punyala sedap inti penuh, rasa ngam cukup rasa cicah pulak dengan sirap bawang fuhh mau berebut adik beradik!

3. AYAM GOLEK

Sumber gambar – Harian Metro

Ayam golek ni bau dia…kita belum melangkah masuk bazar pun dah boleh bau dah aroma panggang, bau marinate dia.. Dulu ayah min selalu beli 2 ekor lepastu makan ramai-ramai satu family masa berbuka. Dia punya juicy, rangup di luar lembut di dalam dimasak dengan sempurna haa gituww. Memang balik kerja ni terusla nak singgah nak beli harap sempat ler..

4. TEPUNG PELITA

Sumber gambar – MauKerja

Kuih kena beratur hahaa punyala menggamit memori makan sejuk-sejuk. Gabungan lemak santan dengan manis dan bauan pandan..dua kali cedok terus habis. Makan masa berbuka sedap, buat moreh pun sedap! Memang tak sah la kalau pergi bazar tak melencong ke tepung pelita ni hehe..

5. POPIA BASAH

Sumber gambar – DiscoverKL

Yang ini memang feveret min! Apa-apa mesti cari ni dulu time dah azan maghrib. Punya rangup sayur-sayur dalam kulit popia rasa macam sedap tu takboleh digambarkan hahaha. Kena pulak kuah sos dia pekat pedas manis siap ada kekacang tabur lagi fuhh…punya beruntung betul duduk Malaysia ni.

Agak-agak dah pening nak beli apa juadah berbuka puasa harini, korang boleh share dengan orang rumah ke kawan-kawan ke terus. Takdela berpusing-pusing korang dalam bazar tu hihi. Apapun, min nasihatkan jangan membazir yaa, sebelum beli kena ingat perut tu satu je. Jangan risau ada lagi 2 minggu bazar Ramadan menanti korang!

Sumber gambar tajuk – Harian Metro | Sumber laporan – The News Malaysia