Mi Goreng Laksa Warisan, MAGGI Tampil Kelainan Perkenal Menu Tradisi

MAGGI, jenama yang tidak asing lagi dalam kehidupan rakyat di Malaysia telah mencipta kelainan dengan memperkenalkan hasil inovasi produk baharu iaitu Mi Goreng Laksa Warisan bagi menghargai tradisi masakan Negara.

Sebuah majlis pelancaran telah diadakan di The Agam, Kuala Lumpur telah dihadiri oleh rakan  media, personaliti terkenal Malaysia seperti Chef Selebriti, Anis Nabilah dan Profeser Dr. Shahrim Karim dari Universiti Putra Malysia (UPM) dan juga artis jemputan seperti Nadhir Nasar dan pempengaruh terkenal, Azfar Heri.

Mengikuti peningkatan trend penyediaan Laksa dengan cara ‘goreng’, timbul idea kreatif untuk MAGGI mengolahkan hidangan ikonik ini dengan berkonsepkan mudah, sedap dan pantas untuk disediakan.

Kelazatan Mi Goreng Laksa Warisan terletak pada ramuannya yang berkualiti tinggi dan aromatik, rempah yang dimasak sehingga ‘pecah minyak’ untuk menyampaikan rasanya yang tersendiri sambil mengekalkan resepi asli.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad juga mengatakan mereka sangat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada sambutan hidangan Laksa Malaysia yang penuh dengan variasi selaras dengan jenama MAGGI yang sudah bertapak lebih 50 tahun dan bermakna di hati Rakyat Malaysia.

Chef Selebriti, Anis Nabilah turut mempersembahkan seni kulinari dan kepakaran mereka menyediakan hidangan Laksa yang lazat menggunakan MAGGI Mi Goreng Laksa Warisan sambil berkongsi cara penyediaannya yang enak dan mudah.