Zayn Rayyan Dibunuh Di Tempat Lain, Ditinggalkan di Anak Sungai

 

Dalam satu sidang media Ketua Pengarah Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Suhaily Mohd. Zain, beliau menyatakan bahawa kanak-kanak autisme yang ditemui mati telah dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya ditinggalkan di aliran sungai di mana mayatnya ditemui.

Hasil bedah siasat pada petang Khamis mendapati terdapat kesan jerut di leher mangsa serta beberapa kecederaan lain di tubuh badannya. Selain itu, menurut Datuk Suhaily berdasarkan keadaan mayat Zayn Rayyan yang ditemui, mangsa telah pun meninggal dunia dalam tempoh 48 jam.

Buat masa kini, polis masih mengesan suspek utama kes ini yang dipercayai mengetahui selok belok kawasan penemuan mayat.

Kawasan Apartmen Idaman di mana Zayn Rayyan dilaporkan hilang kini dikawal rapi oleh pihak polis. Jalan keluar dan masuk ke apartmen itu juga turut dikawal oleh pihak polis.

Sumber : Bernama, Kosmo