Yusof Haslam dedah dah 2 tahun Syamsul, Puteri Sarah tak tinggal bersama dia dan isteri – “Mereka berdua dah tak tinggal bersama saya sebab…”

BAPA kepada pengarah filem terkenal Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam berkata dia enggan mencampuri urusan peribadi anaknya itu yang didakwa mengalami masalah rumah tangga.

Menerusi laporan mstar, Yusof berkata dia tidak berhak memberi sebarang komen memandangkan Syamsul dan menantunya iaitu Puteri Sarah Liyana tidak lagi tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.

Penerbit terkenal ini bagaimanapun dia serta isteri, Datin Fatimah Ismail sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak dan menantunya.

“Saya tidak tahu apa-apa mengenai rumah tangga mereka. Biarlah Syamsul dan Puteri Sarah sendiri yang beri kenyataan.

“Benda ni terlalu peribadi sebab melibatkan hal rumah tangga mereka. Lagipun, mereka berdua dah tidak tinggal bersama dengan saya sejak dua tahun lalu sebab mereka ada rumah sendiri.

“Sebagai bapa, sudah tentu saya mendoakan yang terbaik ntuk mereka berdua. Apa saja kemelut yang berlaku, saya dan isteri mendoakan agar mereka dapat selesaikan dengan baik,” kata Yusof kepada mstar.

Puteri Sarah dilihat hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada Jumaat lalu.



Terdahulu, Puteri Sarah dilihat mengenakan jubah dan bertudung hitam memasuki bahagian undang-undang keluarga, Pejabat Agama Islam Daerah Gombak ditemani seorang wanita dipercayai ibu mertuanya, Fatimah, Jumaat lalu.

Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut tujuan sebenar menghadirkan diri ke pejabat agama tersebut.

Pasangan Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata masing-masing berumur satu dan tiga tahun.

Sumber: mstar