B. Sathianathan dipecat, bukan letak jawatan

JODOH pengendali Selangor, B. Sathianathan bersama Gergasi Merah akhirnya terlerai apabila sah tidak lagi bersama pasukan itu untuk baki Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Ini selepas bekas pengendali skuad kebangsaan itu dipecat oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dipercayai susulan kekalahan besar 6-1 ke atas Johor Darul Takzim (JDT), Sabtu lalu.

“Ya, saya bukan meletak jawatan tetapi saya dipecat.

“Keputusan dibuat selepas pertemuan dengan pengurusan tertinggi Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) pagi tadi,” katanya kepada Berita Harian.

Sementara itu, FAS memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan membabitkan perkara ini dijangka petang nanti.

Terdahulu, Sathianathan secara terbuka mengaku bertanggungjawab di atas kekalahan memalukan di tangan JDT.

Laporan selanjutnya menyusul.

Sumber: Berita Harian