Wanita tahan sakit 4 tahun selepas masukkan gelas kaca dalam pundi kencing demi kepuasan…

SEORANG wanita Tunisia terpaksa menahan kesakitan apabila sebuah gelas kaca tersekat di dalam pundi kencingnya selama empat tahun.

Dia dikatakan memasukkan gelas tersebut untuk tujuan kepuasan seksual, lapor Kosmo.

Berdasarkan kes yang diterbitkan dalam satu jurnal perubatan, wanita berusia 45 tahun itu pergi ke hospital dan mengadu mengalami gejala berterusan dengan jangkitan saluran kencing termasuk sentiasa perlu membuang air kecil.

Imbasan sinar-X menunjukkan wanita yang tidak didedahkan identitinya itu mempunyai batu karang gergasi selebar lapan sentimeter (sm) yang mengelilingi satu gelas minuman di dalam pundi kencingnya.

Wanita itu kemudian mengaku menggunakan gelas tersebut sebagai alat untuk kepuasan seksual ketika berusia awal 40-an.

Pakar perubatan yang memeriksanya di Hospital Universiti Habib Bourguiba berkata, tiada darah di dalam air kencing wanita itu.

Bagaimanapun batu karang yang menyakitkan boleh tumbuh di sekeliling objek asing yang tersimpan di dalamnya.

Dia juga tidak mengalami gejala kencing tidak terkawal, demikian menurut kes yang diterbitkan dalam jurnal Urology Case Reports.

Pakar perubatan telah menjalankan cystolithotomy iaitu sejenis pembedahan terbuka yang digunakan untuk membuang batu karang. Wanita itu dibenarkan pulang dua hari kemudian dan pulih sepenuhnya.

Doktor-doktor berkata, tindakan memasukkan bendasing ke dalam uretra selalunya dilakukan oleh mereka yang mengalami gangguan mental atau untuk tujuan berseronok.

Sumber: Kosmo