SYURGA makanan laut… Itu yang boleh digambarkan sebaik sahaja penulis melangkah masuk ke dalam Restoran NelayanKu yang terletak di Bukit Jalil.
Dengan lokasi yang amat strategik iaitu berhadapan dengan pusat beli belah mega Pavilion Bukit Jalil, Restoran NelayanKu menyajikan suasana mesra yang mengalu-alukan tidak kira buat pelanggan yang datang bersama pasangan, rakan sekerja mahupun bersama keluarga.
Lebih penting, NelayanKu menjanjikan prosedur operasi standard (SOP) dituruti dengan baik bagi menjamin keselesaan dan keselamatan pengunjung.
Untuk yang tertanya-tanya, NelayanKu menyediakan sajian makanan laut terutamanya berasaskan ikan yang dijamin kesegarannya.
Dan pastinya hidangan yang disajikan bukan sekadar ‘sedap mata memandang’, rasanya juga pasti mengukir senyuman hingga ke telinga.
Malah, NelayanKu boleh berbangga apabila semua makanannya langsung tidak mengandungi serbuk perasa MSG!
Bagaimana dengan nutrisi setiap hidangan? Mudah, jawapannya ya! Setiap sup yang ditawarkan di NelayanKu dihasilkan daripada renehan tulang ikan yang mengambil masa sehingga 8 jam dimana ia menjanjikan aroma menyelerakan tanpa sebarang bahan pengawet dan langsung tidak mengeluarkan bau hanyir.
Selain itu, NelayanKu turut menyajikan hidangan Kari Nelayan, Sup Emas Nelayan, Asam Pedas Nelayan dan Sup Asli Nelayan sebagai hidangan utama.
Dan lebih menarik, pelanggan boleh memilih karbohidrat mengikut selera masing-masing yang terdiri daripada nasi putih, ramen, bihun, mi Wantan dan juga ‘crystal rice noodle’
Ia juga didatangi dengan pilihan minuman teh bunga, ‘golden barley mahupun air serai. Semuanya boleh diadun mengikut kesukaan anda.
Bukan itu sahaja, NelayanKu turut menyajikan pilihan pelbagai makanan laut lain antaranya udang laut, bebola ketam sotong, kekapis Alaska, isi lala, perut ikan siakap serta sotong cincin.
Antara yang menarik perhatian adalah pilihan makanan ringan seperti sayap ikan nelayanku, otak-otak ikan, kaki udang emas dan set sate ikan siakap.
NelayanKu turut menyediakan gegulung rangup ikan udang, set tiga rasa NelayanKu dan ikan siakap pandan. Ya, semuanya berasaskan makanan laut!
Buat anda yang datang secara berkumpulan, disarankan untuk mencuba hidangan istimewa kari kepala ikan, stim kepala ikan Nelayanku, set raja laut dan juga perut ikan sos emas.
Penulis jamin anda bakal pulang dengan senyuman!
Tidak cukup dengan itu, NelayanKu turut menyediakan pilihan makanan laut hidup seperti lobster dan udang kara.
Nak jamah apa ya untuk pencuci mulut? Baca senarai ini perlahan-lahan kerana semuanya dijamin menggiurkan! Penulis mencadangkan kologen NelayanKu yang datang dengan pelbagai pilihan rasa antaranya kurma merah, durian belanda, buah markisa dan juga bunga kekwa.
Tidak cukup? Anda boleh mencuba hidangan sup kolagen, ‘coconut shake’ serta ‘mango shake’.
Teh tradisional Cina juga disediakan buat anda yang idamkan kelainan.
Dan jangan lupa untuk membawa pulang makanan laut sejuk beku yang turut ditawarkan disini melalui DTS HomeMart.
NelayanKu beroperasi bermula pukul 9 pagi hingga 10 malam setiap hari.
NelayanKu 渔家
Lokasi: B-13-01, Pusat Perdagangan Bandar, Persiaran Jalil 7, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia.
.
Whatsapp: 012-9877 855
.
Google Map:
.
Waze: Nelayanku 渔家 (Bukit Jalil)