Wanita Persoal Larangan Bawa Haiwan Peliharaan di Sebuah Premis

 

Seorang wanita mengamuk selepas tindakannya membawa masuk seekor anjing peliharaan dihalang oleh pekerja dan pelanggan di sebuah premis perniagaan.

Menerusi hantaran video seorang pengguna Tiktok, pergaduhan terjadi setelah pekerja di premis itu menerangkan bahawa haiwan peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk.

Bagaimanapun, wanita yang dipercayai warganegara China itu tetap berkeras dan tidak berpuas hati dengan peraturan yang ditetapkan.

 

Wanita tersebut juga mempersoalkan sejak bila tidak dibenarkan membawa haiwan?

Memetik laporan Kosmo, wanita tersebut turut memarahi wanita yang merakam video  dan meminta videonya dipadam.

 

Selepas turut berdegil, pekerja dan pelanggan terpaksa memanggil pengawal keselamatan.