Tembakan Di KLIA1 : Suspek Melarikan Diri ke Utara

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi tiada kaitan dengan aktiviti keganasan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The News Malaysia (@thenewsmalaysia)

Kejadian itu melibatkan isu peribadi di mana seorang lelaki tempatan telah melepaskan tembakan ke arah isterinya namun tembakan tersebut terkena pembantu peribadinya.

“Saya mengesahkan berlaku kejadian tembak pada awal pagi tadi dalam 1.30 pagi iaitu di ruang ketibaan tingkat tiga KLIA 1, di mana satu lelaki tempatan telah melepaskan dua tembakan ke arah isteri dia yang sedang menunggu di ruang tersebut.

“Tetapi tembakan itu telah kena kepada salah satu pengawal peribadi dia dan lelaki tersebut terus melarikan diri menggunakan sebuah kereta.

“Yang cedera dalam kejadian tersebut hanya seorang sahaja dan keadaan dia stabil di Hospital Cyberjaya. Pihak polis telah kenal pasti individu tersebut dan sedang menggerakan operasi mengesan dia.

“Kejadian itu isu peribadi antara dia dengan isteri dia dan tidak melibatkan aktiviti keganasan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Pihak polis juga sudah mengenal pasti suspek dan kini telah melarikan diri ke utara.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata api.

Sumber : Astro Awani