Wanita maut, Myvi dipandu dirempuh Wira masuk jalan bertentangan

terkini

SEORANG wanita maut apabila kenderaan yang dipandunya bertembung dengan sebuah lagi kenderaan dalam kejadian di Kilometer 86.5 Jalan Kota Tinggi-Kluang di sini semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor menerusi kenyataan memberitahu kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.40 petang itu menyebabkan mangsa yang memandu Perodua Myvi, Noorazimah Ismail, 40, meninggal dunia, lapor Malaysia Gazette.

Kemalangan dilaporkan berlaku selepas sebuah kereta Proton Wira gagal dikawal dan masuk ke arah bertentangan lalu merempuh kenderaan yang dipandu Noorazimah.

Bagaimanapun lelaki berusia 60 tahun yang memandu Proton Wira hanya mengalami kecederaan.

Rakaman kejadian yang tular

“Kedua-dua mangsa telah tersepit. Bomba menggunakan peralatan khas dan mangsa berjaya dikeluarkan. Mangsa diberikan rawatan awal dan kemudian diserahkan kepada pihak ambulans untuk dihantar ke hospital,” katanya kepada Malaysia Gazette .

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang.

Rakaman kejadian turut tular di laman media sosial sejak pagi Isnin.

Mangsa juga dikatakan merupakan isteri kepada seorang anggota bomba.

Sumber: Malaysia Gazette