Liverpool longlai, tewas kepada kelab tercorot Manchester United

berita semsa

DUKA buat kelab Manchester United tidak bertahan lama apabila berjaya menewaskan Liverpool ketika melayan kunjungan musuh tradisi mereka itu di Old Trafford pagi tadi.

Bagaimanapun Erik Ten Hag memutuskan untuk meletakkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan selepas pemain itu bergelut dengan prestasinya dalam perlawanan terdahulu.

Selain Ronaldo, kapten kebanggan United, Harry Maguire turut disisihkan daripada kesebelasan utama.

The Red Devils dilihat memulakan perlawanan dengan cemerlang bersama gaya permainan yang agresif dan bertenaga. 

Manakala Liverpool pula terlalu longlai pada 15 minit pertama.

United yang tewas dalam dua perlawanan sebelum ini mencetak gol pertama pada minit ke-15, apabila Jadon Sancho diberikan ruang yang sangat besar. Dia sempat melakukan kawalan kemas bagi menewaskan Alisson.

Ini adalah kali ketiga berturut turut Liverpool ketinggalan dalam aksi EPL musim ini.

Pada minit ke-27 pula, Liverpool mencipta peluang kedua menerusi hantaran Mo Salah namun gagal disempurnakan voli Henderson.

Babak separuh masa pertama berakhir dengan 1-0 memihak Manchester United.

Bermula separuh masa kedua, Liverpool terus menggerakkan serangan mereka.

Gawang Liverpool bolos buat kali kedua pada minit ke-53 menerusi jaringan Marcus Rashford.

Liverpool kembali merapatkan jurang gol menerusi Mohamed Salah pada minit ke-81.

Manchester United akhirnya berjaya memastikan 3 mata milik mereka dengan bertahan sebaik mungkin pada babak akhir perlawanan.

90 minit berakhir dengan Man United tewaskan Liverpool 2-1.

Sumber: VocketFC