Wajah Ruhainies Dikaburkan Dalam Iklan Jenama Popular

 

Masih belum reda kontroversi yang melanda pelakon wanita Ruhainies susulan kejadian ditangkap khalwat bersama dengan Aliff Aziz baru-baru ini.

Selepas diboikot oleh Penerbit Datuk A Aida, terbaharu wajah Ruhainies dikaburkan dalam sebuah iklan jenama popular, Kitsui Beauty.

Menerusi video yang dimuatnaik di Youtube rasmi jenama tersebut, pihak mereka turut membuat permohonan maaf kerana penggambaran iklan tersebut siap dirakamkan pada Disember 2023 dan seramai 100 krew produksi yang terlibat dalam menjayakan iklan ini.

“Sempena bulan ramadhan al mubarak ini, KITSUI dengan rendah diri 🙏🏻🙏🏻 ingin memohon ampun dan maaf diatas segala kesulitan dan kekeliruan yang berlaku terutama posting kami yang melibatkan seorang artis terkenal tanah air.

“Penggambaran iklan produk KITSUI ini menggabungkan tiga artis terkenal tanah air iaitu Wany Hasrita, Hisyam Hamid dan Ruhainies.

“Kitsui tidak menyokong mana-mana pihak, kelakuan buruk atau kontroversi,” jelas kenyataan itu.