Home Berita Semasa Polis Buru Pemandu Iriz Biru Berhenti Mengejut di MRR2

[Video] Polis Buru Pemandu Iriz Biru Berhenti Mengejut di MRR2

Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang pemandu Proton Iriz berwarna biru yang membawa kereta secara melulu di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Bahkan, pemandu tersebut turut berhenti secara mengejut di lorong tengah apabila pemilik dashcam membunyikan hon kepadanya.

Pemandu tersebut kini diburu polis akibat aksi samsengnya itu.

“Siasatan mendapati kenderaan jenis Proton Iriz berwarna biru itu dipandu dari arah Batu Caves menghala ke Ampang sebelum pemandunya bertindak memperlahankan kenderaan serta berhenti selama beberapa saat sebelum kembali bergerak meneruskan perjalanan.

“Tindakan pemandu terbabit membuat halangan boleh menyebabkan kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain,” menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir.
Pemilik dashcam juga diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk membantu siasatan.
Sumber : Awani