Mayat Wanit Bogel Tanpa Kepala, Kaki, Tangan Ditemui Dalam Tong Sampah

Kampung Rimau, Pulau Sebang digemparkan dengan penemuan seorang wanita yang mayatnya ditemui dalam keadaan bogel tanpa kepala, kaki dan tangan minggu lalu.

Wanita tersebut dibunuh dengan kejam dan badannya ditemui dalam tong sampah yang dibuang ke dalam longkang di Kampung Rimau, Pulau Sebang Alor Gajah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu kira-kira jam 2 petang pada 31 Disember lalu sebelum siasatan dijalankan bersama Unit Forensik Kontinjen Melaka dan Hospital Alor Gajah.

“Mayat berkenaan ditemui dalam keadaan tidak berpakaian, hanya beralaskan kain di bawahnya disyaki seorang perempuan berusia antara 20 hingga 30-an.

“Selain itu anggota badannya tidak cukup iaitu kepala, kedua-dua tangan dan kaki dipercayai telah dipotong,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Bedah siasat juga telah dilakukan terhadap mangsa di Hospital Melaka bagi mengetahu sebab kematian dan identity mangsa.

“Setakat ini, tiada sebarang tanda badan atau tatu ditemui, bagaimanapun pihak polis telah membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas dua kes orang hilang tetapi negatif.

“Lokasi penemuan mayat itu pula merupakan jalan kampung dan tiada rumah, namun kediaman terdekat pun rumah kosong iaitu 100 meter dari lokasi kejadian.

“Kes di klasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadin tersebut atau mana-mana pihak yang telah kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi balai berhampiran.

“Boleh juga menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, di talian O6-5562222 atau pegawai penyiasat Deputi Superintenden Mohd Ali Hanafiah Hasim di talian 019-9536277,” katanya.

Sumber : Sinar Harian