[Video] Kenderaan Selamba Buat Pusingan U Elak Sesak

Tindakan beberapa pengguna jalan raya yang selamba membuat puisngan U di laluan Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) Raub Bypass mendapat kecaman orang ramai.

Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, seorang pengguna jalan raya merakam keadaan laluan lebuh raya baharu tersebut, namun tidak lama kemudian berlaku kesesakan di hadapan ekoran pertambahan kenderaan menjelang Aidilfitri.

Terdapat segelintir pemandu yang membuat pusingan U di tengah lebuh raya sedangkan ianya adalah laluan sehala. Tindakan tersebut membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Bagaimanapun, video tersebut sudah pun dipadam di aplikasi Tiktok.