Tular Video JPJ Cabut Kunci, Penunggang Cuba Lari Lawan Arus

Tular video di media sosial memaparkan tindakan pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mencabut kunci motosikal di lampu isyarat di Teluk Intan yang menarik perhatian ramai.

Bagaimanapun, tindakan tersebut dilakukan disebabkan ada yang cuba berpatah balik dan lari daripada sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan.

Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Perak, Mir Khairol Hafizal Mir Idris berkata, tindakan itu wajar dilakukan demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Tular video memaparkan seorang penguat kuasa JPJ Perak sedang mencabut kunci motosikal di lampu isyarat

“Semasa operasi dijalankan, terdapat segelintir penunggang motosikal cuba berpatah balik melawan arus untuk lolos.

 

“Ia membahayakan pengguna jalan raya lain, susulan itu beberapa penguat kuasa ditugaskan untuk memberhentikan motosikal yang cuba berpatah balik,” katanya ketika dihubungi Awani malam tadi.

 

@angxh.___ jpj cari mkn😆#CapCut #fyp #fypシ゚viral #pageforyou #srl❌fi #fyppoppoopppppppppppppppppppppp #staystrong #ori50mm⚙️ #lagenda110zr #lagenda #foryou #fyppppppppppppppppppppppp #onten #onten ♬ 오리지널 사운드 – 클창들집합 – 오방 부동산

Menerusi ruangan komen pada video tersebut, ramai yang mempertikaikan adakah ianya tindakan mengikut prosedur operasi standar (SOP) JPJ.

Tindakan melarikan diri daripada sekatan jalan raya membahayakan keselamatan dan mengundang risiko kemalangan. Ia juga bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malah pengguna jalan raya yang lain.

Sumber : Awani