TMJ payung RM200,000, Ebit Lew beli 500 tablet untuk PdPR

PENDAKWAH bebas, Ebit Lew telah membelanjakan sebanyak 500 unit tablet hasil sumbangan daripada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berjumlah RM200,000.

Menurut Ebit, kesemua tablet berkenaan akan disalurkan kepada pelajar yang memerlukan khususnya bagi proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Doakan ya. Terima kasih TMJ. Saya gunakan wang sumbangan beli 500 tablet untuk 500 pelajar bagi mengikuti kelas online.

“Syukur dah sampai. Hari ini kami akan agihkan pada yang memerlukan. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya menerusi hantarannya di Facebook hari ini.

Baru-baru ini, Tunku Ismail berkenan menerima kunjungan Ebit Lew sekaligus menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM200,000.

Sebelum ini juga, Ebit Lew memaklumkan menerima permohonan sebanyak 42,000 unit tablet bagi golongan pelajar memerlukan dalam tempoh sehari. – TheNewsMalaysia