Tentera Zionis Tersalah Tembak Mati Tebusan Israel

Tiga tebusan Israel ditembak mati tentera Zionis sambil mereka memegang baju-t berwarna putih.

Menurut seorang pegawai Angkatan Pertahanan Israel (IDF), ketiga-tiga tebusan itu ditembak mati oleh tentera zionis menganggap mereka sebagai ancaman kerana dilihat bersama pejuang Hamas.

Mereka yang dikenali sebagai Yotam Haim, 28, Samer Talalka, 22, dan Alon Shamriz, 26 terbunuh ketika pertempuran Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dengan Hamas di Gaza.

“Semasa pertempuran sengit di Gaza, tentera menyangkakan tiga tebusan Israel sebagai ancaman kerana dilihat bersama pejuang Hamas.

“Akibatnya, tentera melepaskan tembakan ke arah mereka, menyebabkan ketiga-tiga tebusan berkenaan terbunuh,” menurut seorang jurucakap IDF.

Ketua Staf Angkatan Pertahanan Israel (IDF), Herzi Halevi mengambil sepenuhnya tanggungjawab di atas kematian tiga tebusan Israel yang tersilap dibunuh oleh askar IDF pada Jumaat lalu.

Sumber : BH