Pegawai Kanan Polis Akan Didakwa Atas Kesalahan Membunuh Esok

Seorang pegawai kawan polis yang melanggar seorang pelajar sekolah, Mohammad Zaharif Affendi, 17, berhampiran dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Jati Ipoh Perak akan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas kesalahan membunuh pada ada 18 Disember sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk tujuan perbicaraan.

Menurut satu siaran media yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Peguam Negara suspek akan didakwa bagi kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam satu kejadian jam 12.30 tengah hari pada 15 Disember 2023, mangsa yang menunggang motosikan telah dikejar dan dilanggar dari arah belakang sebuah kereta