Tarik Rambut dan Diseret Ke Dalam Kolam, Wanita Tak Mahu Tindakan Diambil Ke Atas Teman Lelakinya

Baca : [Video] Lelaki Seret Wanita Masuk Kolam Renang, Didakwa Cubaan Lemaskan Teman Wanita

Beberapa hari lalu tular video memaparkan seorang wanita ditarik rambutnya dan diseret ke dalam kolam renang oleh lelaki yang didakwa merupakan teman lelakinya.

Pihak polis mengesahkan menerima laporan berhubung pergaduhan melibatkan sepasang kekasih warga asing di sebuah kondominium di Jalan Taylor, Bandar Sunway, dekat sini.

Mangsa merupakan seorang wanita berusia 19 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. Bagaimanapun, wanita tersebut tidak mahu meneruskan kes berkenaan kerana tidak mahu sebarang tindakan diambil terhadap teman lelakinya.

“Mangsa, seorang wanita berusia 19 tahun tampil membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 6.30 petang (semalam). Dia tidak mengalami sebarang kecederaan dan tidak mahu mendapatkan rawatan.