Tak larat bergerak ketika hamil, Irwansyah siapkan lif dalam rumah untuk isteri

BERUNTUNG tuan punya badan… Itu yang boleh dikatakan apabila penyanyi Irwansyah dan isterinya iaitu Zaskia Sungkar bakal berpindah ke sebuah rumah baharu yang dilengkapi kemudahan lif.

Irwansyah atau nama sebenarnya Irwansyah Umar Effendy, 35, mendedahkan pemberian ‘hadiah istimewa’ tersebut melalui saluran Youtube keluarga mereka pada Khamis.

“Di sini saya akan letakkan lif, kerana Zaskia tak larat nak naik tangga. Biasalah, sedang hamil kan.

“Jadi dia minta untuk saya tambah kemudahan lif untuk digunakan bila kami berpindah masuk kelak.

Irwansyah dan isteri umum bakal menimang cahaya mata pertama awal September lalu.

Irwanshah yang juga penyanyi terkenal Indonesia, ketika ini tinggal di rumah jenis apartmen bersama isteri.

Awal September lalu, pasangan ini mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata sulung selepas lebih 10 tahun mendirikan rumah tangga.